Amazon Ambil-Alih Globalstar Dalam Mengukuhkan Penawaran Perkhidmatan Berasaskan Satelit
Aman
Amazon hari ini secara rasminya mengumumkan akan mengambil-alih Globalstar Inc, sekaligus mengukuhkan lagi penawaran Amazon Leo, iaitu perkhidmatan internet berasaskan satelit. Pengambil-alihan ini juga akan membolehkan mereka menambah ciri “Direct-to-Device”, sekaligus mengaktifkan sokongan penyedia perkhidmatan mudah-alih untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan suara, data dan permesejan melangkaui rangkaian selular masing-masing.

Globalstar sebelum ini sedia menerajui arena perkhidmatan berasaskan satelit. Dengan pengambil-alihan ini, Amazon turut akan menerima akses operasi satelit Globalstar, infrastruktur, aset, dan sejumlah lesen spektrum global yang dimiliki Globalstar. Pengambil-alihan ini sekaligus memberikan akses kepada pelbagai satelit sedia ada Globalstar, dan membolehkan Amazon Leo diperluaskan pada peringkat global dengan lebih pantas dan stabil.
Amazon mengatakan ciri Direct-to-Device dibawah jenama Amazon Leo akan mula ditawarkan bermula 2028 kelak – selepas selesai pengambil-alihan ini. Disamping itu, Amazon turut mengumumkan akan menawarkan perkhidmatan sambungan satelit kepada iPhone dan Apple Watch.
Amazon membayar $11.5 bilion untuk pengambil-alihan Globalstar ini.