Meta dan Broadcom Kembangkan Kerjasama Bangunkan Cip AI Generasi Baharu
Effi Saharudin
Meta mengembangkan kerjasama dengan Broadcom untuk membangunkan beberapa generasi baharu cip kecerdasan buatan (AI) Meta Training and Inference Accelerator (MTIA). Menerusi kerjasam ini, fokus diberikan kepada reka bentuk cip, pempakejan dan rangkaian AI networking bagi menyokong keperluan perkomputeran Meta yang semakin berkembang.

MTIA ialah pemecut AI khusus untuk tugasan inferens, penggolongan, dan sistem cadangan pada skala besar. Meta merancang empat generasi baharu MTIA dalam tempoh dua tahun, termasuk sokongan untuk melakukan tugasan AI generatif.
Perjanjian ini turut merangkumi komitmen melebihi 1GW kuasa perkomputeran untuk fasa pertama sebelum pelancaran multi‑gigawatt di masa hadapan. Matlamat jangka panjang ialah membina asas perkomputeran untuk “personal superintelligence” kepada berbilion pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.