IDC – Pengeluaran Telefon Pintar Susut 4.1% Pada Q1 2026
Effi Saharudin
Telah diramalkan pada penghujung tahun lalu, pengeluaran telefon pintar tahun 2026 akan susut disebabkan oleh kekurangan bekalan RAM dan storan. IDC mengeluarkan laporan pengeluaran telefon pintar untuk Q1 2026 dan ramalan kini telah menjadi kenyataan.
Pada Q1 2026, pengeluaran telefon pintar telah susut 4.1% berbanding suku yang sama tahun lalu. Hanya 289.7 juta telefon pintar dikeluarkan berbanding 302 juta telefon pintar tahun lalu. Sungguhpun begitu tidak semua pengeluar nampaknya terjejas.
| Syarikat | Pengeluaran Q1, 26 | Pegangan pasaran Q1, 26 | Pengeluaran Q1, 25 | Pegangan pasaran Q1, 26 | Perubahan YoY |
| 1. Samsung | 62.8 | 21.7% | 60.6 | 20.1% | 3.6% |
| 2. Apple | 61.1 | 21.1% | 59.1 | 19.6% | 3.3% |
| 3. Xiaomi | 33.8 | 11.7% | 41.8 | 13.8% | -19.1% |
| 4. Oppo | 30.7 | 10.6% | 34.1 | 11.3% | -9.9% |
| 5. Vivo | 21.2 | 7.3% | 22.7 | 7.5% | -6.8% |
| Lain-Lain | 80.1 | 27.6% | 83.6 | 27.7% | -4.2% |
| Jumlah | 289.7 | 100.0% | 302.0 | 100.0% | -4.1% |
Samsung di tangga teratas dengan pegangan 21.7% diikuti oleh Apple (21.1%), Xiaomi (11.7%), Oppo (10.6%) dan Vivo (7.3%). Hanya Samsung dan Apple berjaya meningkat pengeluaran serta pegangan pasaran sedangkan pesaing daripada China mencatatkan penyusutan yang tinggi.
Xiaomi paling teruk terjejas dengan penyusutan 19.1% diikuti oleh Oppo (9.9%). Ini sudah dijangka kerana Samsung mempunyai faundri menghasilkan RAM dan storan sendiri. Sementara Apple pula mempunyai persetujuan jangka panjang memastikan bekalan sepanjang tahun walaupun terpaksa membayar harga lebih premium.