Pelaburan Google Pada SpaceX Dianggar Bernilai Sekitar $100 Bilion
Aman
Pada 2015 yang lepas, Google telah pun melabur sebanyak $1 bilion pada syarikat SpaceX milik Elon Musk, dimana ketika itu, SpaceX dinilaikan sekitar $10 bilion. Sejak daripada itu, SpaceX telah berkembang pesat, dan kini dalam fasa untuk penyenaraian awam.
Mengikut jangkaan semasa, Google melalui syarikat induk Alphabet dilihat memiliki pegangan sebanyak 6% pada SpaceX, dan nilai ini dikatakan bernilai sehingga $100 bilion melalui pelaburan berkenaan, apabila SpaceX melakukan penyenaraian awam di Bursa kelak.
Mengikut laporan awal, SpaceX dikatakan menyasarkan penilaian syarikat sekitar $1.75 trilion untuk penyenaraian awam mereka. Sebelum ini, ketika SpaceX dan xAI digabungkan awal tahun ini, entiti berkenaan dikatakan bernilai sekitar $1.25 trilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.