Lovable Perkenal Aplikasi Sempoicara Versi Desktop Untuk Pengguna Mac
April 16, 2026
Kecerdasan Buatan
Aman
Lovable, perkhidmatan sempoicara yang popular, kini telah memperkenalkan aplikasi desktop mereka khusus untuk pengguna macOS. Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan pengguna mengakses Lovable, tanpa perlu melalui pelayar web.

Disamping itu, aplikasi Lovable pada desktop turut membenarkan akses kepada MCP pada komputer, selain memudahkan anda mengakses pelbagai projek melalui penggunaan tab.
Bagi anda yang sering menggunakan Lovable, boleh memuat-turun aplikasi ini untuk desktop, dan menggunakannya hari ini. Pihak Lovable mengatakan versi Windows akan menyusul tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.