Sabah Sasar Lahad Datu Menjadi Lokasi Pelancaran Roket Dan Kapal Angkasa
Nazrin
Pelancaran roket ke angkasa lepas adalah sesuatu yang dilihat sering berlaku kebelakangan ini, tetapi ia juga merupakan salah satu acara yang memerlukan lokasi-lokasi yang sesuai untuk melakukannya, dimana ia perlu berada jauh dari kawasan berpenduduk, tetapi cukup dekat untuk membolehkan pelbagai jenis bekalan untuk dihantar ke lokasi-lokasi ini.
Baru-baru ini, sewaktu acara rumah terbuka, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengatakan bahawa kerajaan negeri Sabah, bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan kajian untuk melihat sekiranya Lahad Datu merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi pelancaran roket dan kapal angkasa di masa akan datang.

“Insya Allah dalam beberapa tahun akan datang. kalau tiada aral melintang. Lahad Datu inilah yang terbaik untuk dijadikan pusat pelancaran roket satelit daripada sebelah Asia Tenggara.”
Sekiranya diluluskan kelak, Lahad Datu kelak akan menjadi salah satu tapak pelancaran roket dan kapal angkasa terawal di Asia Tenggara dalam masa dua ke tiga tahun akan datang. Lahad Datu akan dikunjungi oleh ramai pelancong termasuk saintis-saintis angkasa dan boleh menjadi pemangkin ekonomi daerah tersebut.
Beliau turut mengatakan bahawa banyak negeri-negeri lain yang melobi untuk membangunkan tapak pelancaran roket dan kapal angkasa mereka, tetapi kajian-kajian terbaru mengatakan bahawa Lahad Datu merupakan lokasi terbaik untuk membangunkan tapak pelancaran tersebut.
[sumber]Ketua Menteri Sabah[/sumber]