Redmi A7 Pro Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM399
Aman
Xiaomi Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi peranti untuk pasaran Malaysia, iaitu Redmi A7 Pro. Telefon dengan spesifikasi asas ini ditawarkan pada harga bermula RM399 untuk pasaran Malaysia.
Redmi A7 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci dengan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz, dikuasakan cip Unisoc T7250, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 6000mAh.

Pada bahagian kamera, ia hadir dengan kamera 13-megapixel di belakang, dan kamera swafoto 8-megapixel dihadapan. Beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan turut disertakan, termasuk antaranya kebolehan menjadikan rakaman langit lebih cantik lagi ketika rakaman gambar di luar. Ia turut menyertakan mod imbasan dokumen menggunakan kamera. Menguasakan telefon pintar ini adalah HypeOS 3.
Di Malaysia, Redmi A7 Pro ditawarkan pada harga RM399 untuk model dengan storan 64GB, sementara model dengan 128GB berharga RM449.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.