Disney Umum Format Infinity Vision Untuk Filem Lebih Imersif
Effi Saharudin
Di mana anda menonton filem kegemaran? Saya semasa masih muda beliau dahulu menonton filem di panggung wayang kerana TV di rumah kecil serta forma VHS dan VCD tidak menawarkan kualiti memuaskan. Dengan wujudnya penstriman, landskap filem berubah kerana skrin TV besar serta kualiti 4K boleh dinikmati dengan mudah di rumah.

Di Cinemacon hujung minggu lalu, Disney mengumumkan format filem baharu Infinity Vision yang menurut mereka memudahkan penonton mengenal pasti panggung yang menawarkan pengalaman tontonan paling besar, paling terang, dan paling imersif.
Infinity Vision menekankan tiga elemen utama iaitu skrin terbesar untuk skala maksimum, sistem lontaran lasar bagi kecerahan serta kejelasan lebih tinggi dan audio premium untuk pengalaman bunyi menyeluruh. Disney berkata setakat ini sebanyak 75 panggung di Amerika dan 300 lagi di seluruh dunia sudah memenuhi piawaian Infinity Vision.
Filem pertama yang akan ditayangkan menggunakan Infinity Vision ialah Avengers: Endgame yang kembali ditayangkan di panggung pada bulan September diikuti pula oleh Avengers: Doomsday pada bulan Disember depan.
Infinity Vision dilihat oleh penggiat industri sebagai format yang bersaing dengan IMAX. Tahun ini filem Avengers: Doomsday tidak ditayangkan di IMAX kerana slot telah diambil oleh Dune Part 3. Infinity Vision boleh digunakan sebagai taktik pemasaran serta tiket dijual pada harga lebih premium bagi meningkatkan kutipan box office filem.