Penerima Hati Yang Diderma Tidak Lagi Perlu Makan Ubat Anti Penolakan Dalam Ujian Terkini
Effi Saharudin
Penerima organ yang diderma perlu memakan ubat anti penolakan sepanjang hayat kerana antibodi tubuh mengesan organ baharu sebagai objek asing yang perlu ditentang. Ini adalah sebab mengapa 10-20% penerima kemudian perlu mengeluarkan semula organ yang diharapkan dapat menyelamatkan nyawa.
Penyelidik daripada University of Pittsburgh baru-baru menerbitkan kajian yang berjaya mengekalkan organ yang diderma walaupun tanpa perlu makan ubat anti penolakan. Kajian melibatkan 13 penerima hati. Mereka diberikan rawatan sel dendritik pengawalseliaan (regulatory dendritic cell) daripada penderma organ seminggu sebelum pemindahan dilakukan.

Sel-sel ini boleh berkomunikasi dengan sel imun untuk mengurangkan tindak balas sistem imun penerima organ terhadap antigen apabila diperlukan. Pada peringkat awal mereka diberikan rawatan anti penolakan organ seperti biasa selamat setahun. Daripada 13 peserta, para penyelidik cuba menghentikan pengambilan ubat-ubatan ini daripada 8 penerima, kerana sistem imun mereka menunjukkan tanda-tanda toleransi yang kuat terhadap hati baharu.
Daripada 8 ini, hanya 3 berjaya berhenti daripada mengambil ubat anti penolakan sepanjang tempoh 3 tahun ujian dilakukan. Walaupun kajian tidak 100% berjaya, data yang terkumpul akan digunakan untuk menghasilkan rawatan yang lebih berkesan dengan harapan di masa hadapan penerima organ derma tidak lagi perlu mengambil ubat anti penolakan.
Keputusan kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature.