Google Kini Perkenal Integrasi Gemini Pada Chrome Untuk Pengguna Malaysia
Aman
Google hari ini secara rasminya telah mula memperkenalkan sokongan integrasi Gemini terus pada Chrome untuk pengguna Malaysia, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses Gemini serta-merta ketika sedang melayari sesuatu web.
Butang untuk “Ask Gemini” atau “Minta Gemini” diposisikan pada bahagian penjuru atas kanan pelayar web Chrome, dan apabila tekan padanya, ia membuka bahagian tepi pada pelayar web yang memberikan akses kepada Gemini. Pengguna seterusnya boleh bertanyakan pelbagai perkara kepada Gemini, termasuk melibatkan tab yang sedang dibuka.


Disamping itu, anda turut boleh menghubungkan perkhidmatan seperti Google Calendar, GMail dan lain-lain ke Chrome, pengguna turut boleh melakukan arahan tambahan seperti merumuskan dan menghantar emel melalui arahan pada Gemini. Gemini juga turut boleh beroperasi rentas tab, memudahkan anda untuk membuat perbandingan, penyatuan kajian, dan sebagainya.
Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh memastikan anda menggunakan versi pelayar web terkini, dan seterusnya mengakses Gemini terus pada Chrome.