Lelaki Jepun Dipenjara 20 Bulan Kerana Mendedahkan “Spoiler” Filem dan Anime
Effi Saharudin
Masalah saya dengan dunia filem dan siri moden ialah, mereka yang telah menontonnya akan memuat naik “spoiler” di media sosial tanpa memikirkan orang lain yang belum berkesempatan menontonnya sendiri. Algoritma YouTube misalnya akan memaparkan video spoiler kerana saya pernah menonton trailer. Saya terus hilang minat menonton dan yang rugi ialah pengkarya filem tersebut.

Di Jepun, seorang lelaki telah dipenjara 20 bulan dan didenda 1 juta Yen (~RM RM25,00) kerana menulis spoiler untuk filem Godzilla Minus 1 dan anime Overlord III tanpa kebenaran pemegang hakcipta. Lelaki yang tidak dinamakan ini bukan sahaja mendedahkan spoiler tetapi plot penuh, kesemua jalan cerita, setiap babak dan apa yang dilakukan oleh watak dengan tujuan mengaut keuntungan pengiklanan menerusi laman web milik beliau. OIeh sebab itu tindakan beliau dilihat melanggar undang-undang hakcipta yang ketat di Jepun.
Kesalahan dilakukan antara Januari 2023 hingga Februari 2024 dengan beliau ditahan pihak polis pada 10 Oktober 2024. Beliau telah dihadapkan di Mahkamah Daerah Tokyo pada 16 April dengan hukuman dijatuhkan pada hari yang sama. Ini adalah kali pertama seorang individu dikenakan hukuman kerana mendedahkan sepenuhnya plot serta jalan cerita filem atau siri anime di Jepun.
[sumber] CODA [/sumber]