DeepSeek Dilaporkan Dalam Proses Meraih Suntikan Dana Pelaburan Pada Nilai Syarikat $10 Bilion
Aman
DeepSeek merupakan salah satu firma memfokuskan pembangunan model kecerdasan buatan janaan, dan sedia menempa nama pada tahun lepas apabila berjaya membangunkan model tersendiri yang lebih berkuasa, pada kos jauh lebih rendah. Terbaru, selepas sekian lama menolak dana pelaburan pihak luar, kini DeepSeek dilaporkan dalam perbincangan untuk meraih suntikan dana sekitar $300 juta, pada nilai syarikat sekitar $10 bilion.

Nilai syarikat DeepSeek boleh dikatakan masih jauh rendah jikalau dibandingkan dengan pelbagai syarikat AI yang lain. Suntikan dana ini dikatakan diperlukan dalam usaha untuk terus membangunkan model baharu yang memerlukan sokongan modal dan infrastruktur tinggi – termasuk dalam usaha mengekalkan bakat pada syarikat daripada dirampat oleh pesaing dan syarikat AI yang lain.
DeepSeek kini dalam persiapan memperkenalkan model terbaru mereka, yang telah tertangguh sejak beberapa bulan lepas. Beberapa desas-desus turut mengatakan DeepSeek mungkin melihat kepada penawaran pemprosesan domestik di China, termasuk dari Huawei dalam membangunkan model mereka – sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada penawaran teknologi barat.