Mozilla Menggunakan Claude Mythos Untuk Mengatasi Ratusan Kerentanan Pada Firefox
Aman
Anthropic sebelum ini sedia menyatakan pengenalan model Claude Mythos dalam bentuk akses terhad, dan memfokuskan kepada sokongan sekuriti dan keselamatan melaluinya. Beberapa pihak telah diberikan akses untuk menggunakannya, termasuk salah satunya adalah Mozilla.

Terbaru, Mozilla berkongsi mengatakan melalui penggunaan Claude Mythos ini, mereka telah menemui dan menampal sekitar 271 kerentanan yang ditemui pada pelayar web Firefox terkini. Firefox 150 yang ditawarkan hadir menggunakan bantuan Claude Mythos dalam menambah-baik sokongan sekuritinya.
Ini juga secara tidak langsung memperlihatkan perkembangan positif untuk model Claude Mythos oleh Anthropic. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Claude akan menawarkan model mereka berkenaan secara terbuka kepada semua pengguna seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.