China Halang Pengambil-Alihan Manus Oleh Meta
Aman
China kini menghalang pengambil-alihan syarikat kecerdasan buatan Manus oleh Meta. Langkah ini adalah disebabkan Manus tidak mematuhi perundangan di China. Pihak berkuasa mengatakan China telah memaklumkan pihak berkaitan untuk menarik kembali sebarang transaksi melibatkan pengambil-alihan berkenaan.
Sebelum in, Meta telah mengumumkan pengambil-alihan Manus, pada nilai mencapai $2 bilion. Ketika itu, Manus dikatakan sebagai syarikat Singapura. Manus telah diasaskan di China, dan seterusnya memindahkan operasi ke Singapura. Ia mencuri perhatian ramai melalui penawaran ejen AI yang boleh melakukan sejumlah tugasan yang kompleks dengan mudah, terutamanya melibatkan analisa dan penyelidikkan.
Meta sebelum ini telah mula menawarkan kemaskini aplikasi Manus dengan penjenamaan mereka. Ia tidak diketahui apakah bentuk perubahan akan berlaku selepas ini.
Sebelum ini sendiri, China sedia membuat peraturan melibatkan eksport untuk kecerdasan buatan dan juga sebarang algoritma. Selain China, Amerika Syarikat juga turut menghalang sebarang pelaburan dan sokongan terhadap syarikat AI yang mempunyai hubungan dengan China.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dilakukan oleh Meta untuk pengambil-alihan Manus ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.