Gemini Kini Boleh Menjana Fail Dokumen Terus Melalui Chat
Aman
Google hari ini mengumumkan yang mana perkhidmatan kecerdasan buatan janaan mereka, Gemini, kini boleh menjana dokumen terus pada tetingkap chat, sekaligus memudahkan lagi pengguna dan tidak perlu menyalin-tampal teks yang dihasilkan ke fail dokumen.

Buat masa ini, Gemini boleh menghasilkan dokumen Docs, Sheets, Slides dan juga PDF. Ini sekaligus bermakna anda boleh menghasilkan dokumen berformat Word dan Excel terus melalui Gemini.
Untuk menjananya, pengguna boleh memberikan arahan untuk menghasilkan dokumen berkaitan pada tetingkap sembang Gemini, dan ia seterusnya akan menjana dokumen berkenaan. INi juga mempercepatkan dan meningkatkan produktiviti pengguna.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji ciri ini yang di Gemini hari ini.