Google Photos Akan Dapat Menyimpan Setiap Pakaian Anda dan Kemudian Menjana Gambar Anda Memakainya
Effi Saharudin
Berapa helai pakaian anda miliki di bumi yang fana ini? Saya mungkin ada empat helai seluar, 10 helai baju dan beberapa helai jaket. Saya manusia selesa memakai pakaian yang sama seperti mendiang Steve Jobs. Tetapi bagi mereka yang gemar bergaya dan berfesyen, pastinya sukar mengingati setiap pakaian, aksesori dan kasut yang dimiliki.

Google hari ini mengumumkan kelak Photos akan mengingati setiap pakaian yang miliki dan kemudian anda boleh menjana imej anda memakainya menggunakan kecerdasan buatan (AI). Pakaian boleh diklasifikasikan dalam kategori baju, seluar, kasut dan banyak lagi.
Anda kemudian boleh memilih pakaian kegemaran dalam koleksi sebelum mengarahkan Photos menjana gambar anda memakainya. Dengan ini melihat kombinasi busana dan aksesori dapat dilakukan tanpa anda melakukannya sendiri secara manual yang memakan masa.
Teknologi Try On yang diperkenalkan untuk Search tahun lalu menjadi tunjang kepada teknologi ini. Google mengatakan ciri akan diperkenalkan pada musim panas akan datang iaitu sekitar Jun nanti.