Meta Mengambil-Alih Syarikat Robotik – Akan Menyertai Meta Superintelligence Labs
Aman
Meta kini mengumumkan mereka telah mengambil-alih sebuah syarikat robotik, dinamakan Assured Robot Intelligence (ARI). Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini.
Dengan pengambil-alihan ini, pasukan disebalik firma robotik berkenaan akan menyertai pasukan Meta Superintelligence Labs. Sebelum ini, pasukan ARI ini telah membangunkan model AI untuk robot berbentuk manusia, yang boleh melaksanakan pelbagai jenis tugasan termasuk kerja rumah.
Melalui pasukan ini, Meta dijangka akan mengukuhkan dan menambah-baik lagi kepakaran mereka dalam membangunkan model untuk kawalan robot. Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah perancangan penuh Meta dalam arena ini. Memandangkan mereka sedia memfokuskan penawaran kepada pengguna umum, tidak mustahil kita melihat Meta menceburi arena robotik yang memfokuskan kepada pengguna awam.
Selain Meta, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena robotik, termasuk OpenAI, Amazon, Google dan lain-lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.