YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM12.90 Sebulan
Aman
Google kini telah mula menawarkan pelan YouTube Premium Lite untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna menikmati langganan YouTube Premium pada harga lebih rendah, dan pada masa yang sama hadir dengan sejumlah penawaran terhad.
Melalui YouTube Premium Lite, pengguna ditawarkan pengalaman menonton kebanyakkan video secara bebas iklan, membolehkan memainkan video pada latar, sertan memuat-turun kebanyakkan video.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan pengalaman bebas iklan sepenuhnya, dan menikmati YouTube Music tanpa iklan, maka anda mungkin perlu mendapatkan pelan YouTube Premium pada harga RM20.90 sebulan.
Bagi anda yang menggunakan YouTube, boleh menyemak penawaran YouTube Premium Lite ini pada akaun masing-masing bermula hari ini.