Ask.com Menutup Tirai Selepas Hampir 30 Tahun
Aman
Ask.com merupakan salah satu enjin carian atau turut dipanggil enjin jawapan yang telah diasaskan pada 1996. Ia pada awalnya dikenali dengan nama AskJeeves, sebelum dijenamakan semula kepada Ask.com. Walaupun dimulakan awal, namun perkhidmatan berkenaan dilihat menghadapi cabaran daripada pelbagai penyedia lain, terutamanya Google, sekaligus membuatkan orang ramai makin kurang menggunakannya dari hari ke hari. Perkhidmatan ini juga boleh dikatakan agak kurang popular di Malaysia berbanding perkhidmatan carian yang lain.

Terbaru, kini laman Ask.com memaparkan mesej yang mana ia telah menamatkan operasi secara rasminya pada 1 Mei 2026. Untuk makluman, perkhidmatan Ask.com ini telah diambil-alih oleh IAC pada 2005 yang lepas, dalam memfokuskan kepada soal-jawab, namun ia terus menghadapi cabaran tinggi, apatah lagi dalam era kecerdasan buatan kini.
Dengan nama domain yang unik, ia tidak mustahil untuk kita lihat pemiliknya menjual domain berkenaan kepada sebarang syarikat memfokuskan kecerdasan buatan pada harga yang sangat tinggi, seperti domain AI.com baru-baru ini.