Apple Wallet Akan Mempunyai Ciri Mengubah Tiket dan Pas Fizikal Menjadi Digital
Effi Saharudin
Apple Wallet kelak akan mempunyai ciri yang membolehkan tiket atau pas fizikal diubah menjadi tiket serta pas digital. Menurut laporan Bloomberg, ciri Create a Pass ini akan disertakan dalam Apple Wallet menerusi kemas kini iOS 27 nanti.

Create a Pass membolehkan kod QR pada tiket atau pass diimbas sebelum kemudiannya dipaparkan dalam Wallet lengkap dengan templat yang tersedia. Tiga templat yang sedang diuji ialah Standard, Membership dan Event.
Standard adalah versi lalai untuk pelbagai pas dengan templat warna oren. Mmbership pula ialah untuk kas keahlian seperti gimnasium dengan tempat warna biru. Akhir sekali ialah Event untuk tiket sukan, konsert, atau wayang dengan templat warna ungu.
Dengan Create a Pass, ia menggantikan gambar tiket fizikal yang diambil sebagai ganti tiket fizikal misalnya dengan ia tersimpan lebih teratur berbanding dalam galeri Photos yang sukar dicari.