Shopee Naikkan Lagi Yuran Komisen Untuk Penjual Berkuat-kuasa 21 Mei 2026
Aman
Sering kali, selang beberapa bulan, penyedia platform edagang dilihat meningkatkan caj yuran komsien terhadap para penjual. Selepas meningkatkan yuran komisen beberapa bulan lepas, kini Shopee sekali lagi mengumumkan peningkatan kadar komisen terhadap penjual, berkuat-kuasa 21 Mei 2026.
Melalui perubahan ini, kadar maksima kepada yuran komisen yang dikenakan sehingga 16% sebelum ini, akan ditingkatkan kepada maksima sehingga 17% kepada penjual. Caj yuran yang dikenakan adalah berbeza mengikut kategori, dan hanya kategori elektronik yang dikekalkan caj seperti sebelum ini.

Bagi para penjual Shopee, mungkin anda boleh semak semula caj yuran komisen oleh platform berkenaan, dan menyusun kembali strategi dalam pemasaran produk anda menggunakan platform edagang.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.