Maybank Diarah Bayar RM166,000 Kepada Mangsa Scam Kerana Kecuaian Bank
Effi Saharudin
Apabila anda menjadi mangsa penipuan atas talian siapakah yang harus dipersalahkan? Pelanggan? Bank? Mereka atau keluarga mereka? Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Maybank membayar RM166,000 kepada Chan Yan Li kerana gagal menghalang transaksi mencurigakan yang mengosongkan akaun beliau.
Dalam kes yang berlaku antara 26 Jun hingga 2 Julai 2021, wang dipindahkan dari akaun pinjaman perumahan ke akaun simpanan sebelum kemudiannya dihantar ke beberapa akaun pihak ketiga. Mangsa hanya menyedari kejadian pada 15 Julai 2021 ketika memeriksa akaun Maybank2u dan terus membuat laporan polis.

Mangsa mengatakan tidak pernah meluluskan transaksi tersebut dan tidak menerima sebarang TAC pada nombor telefon berdaftar. Maybank pula berkata semua transaksi dilakukan menggunakan akaun pengguna dan kata laluan yang betul. TAC dan notifikasi transaksi juga dikatakan berjaya dihantar ke telefon mangsa. Mereka menyatakan kemungkinan maklumat perbankan terdedah akibat kecuaian mangsa sendiri.
Namun begitu Hakim Maimoonah Aid berkata mangsa bukan pengguna aktif Maybank2u dengan ia hanya digunakan untuk urusan ringkas seperti membayar kad kredit atau pindahan kecil. Rekod TAC Maybank juga didapati tidak konsisten dengan rekod Digi yang dikemukakan semasa perbicaraan. Tambah beliau lagi Corak transaksi adalah luar biasa dan sepatutnya mencetuskan amaran pada sistem keselamatan bank
[sumber] New Straits Times [/sumber]