Android 17 Menambah Ciri “Titik Jeda” – Beri Anda 10 Saat Apabila Anda Buka Aplikasi Mudah Ketagih
Aman
Google hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu yang akan hadir terbina bersama Android 17, iaitu Pause Point atau Titik Jeda. Melaluinya, ia akan diaktifkan apabila anda membuka sesuatu aplikasi yang anda label sebagai membazirkan masa, dimana ia akan memberikan anda masa 10 saat untuk bertenang dan bertanyakan soalan kenapa anda membuka aplikasi berkenaan.

Dengan langkah ini, ia menyasarkan untuk mengurangkan masa yang digunakan anda dalam membuka aplikasi-aplikasi yang sering digunakan untuk meluangkan masa yang lama tanpa sedar, termasuk TikTok, YouTube, Threads, dan sebagainya.
Pengguna boleh melabelkan aplikasi yang mereka inginkan di bawah ciri Pause Point ini. Langkah ini juga dijangka membantu dalam mengurangkan ketagihan terhadap sesuatu aplikasi.
Ciri ini dijangka ditawarkan kepada semua melalui kemas kini sistem operasi Android 17 akan datang kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.