Kesatuan Sekerja Samsung Ancam Mogok 18 Hari Jika Syarikat Enggan Penuhi Tuntutan
Effi Saharudin
Dipacu oleh permintaan tinggi cip memori oleh sektor kecerdasan buatan, Samsung mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 750% dan nilai pasarannya pula mencecah $1.2 trilion minggu lalu. Ia menjadikan Samsung hanya syarikat Asia kedua selepas TSMC mencapai nilai pasaran lebih $1 trilion. Disebabkan keuntungan yang tinggi ini, kesatuan sekerja pekerja Samsung melakukan perbincangan dengan wakil syarikat untuk menuntut pampasan lebih tinggi daripada majikan.

Ahli kesatuan mengkritik Samsung yang memberikan bonus tiga kali ganda lebih rendah berbanding yang diberikan ole SK Hynix. Seperti Samsung, SK Hynix juga untung besar disebabkan penjualan cip memori. Walaupun perbincangan antara Samsung dan kesatuan pekerja dilakukan dengan meditasi pihak kerajaan, kedua-dua pihak gagal mempersetujui semua tuntunan yang diminta.
Kesatuan pekerja Samsung kini mengancam mengadakan mogok selama 18 hari bermula 21 Mei depan sekiranya persetujuan gagal dicapai. Seramai 50,000 pekerja mungkin mogok dengan ia akan menyebabkan pengeluaran memori Samsung Electronics terjejas teruk. Dalam mogok sehari yang dilakukan April lalu, pengeluaran faundri Samsung susut 58.1% dengan pengeluaran RAM sahaja susut 18%.
Samsung berhadapan kerugian 30 trillion won (~RM 80 bilion) sekiranya mogok 21 Mei depan berjalan seperti dirancang.
[sumber] Reuters [/sumber]