Vivo X300 FE Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 3299
Amy Maizuraa
Bagi peminat peranti kompak, Vivo X300 FE hadir dengan penawaran yang menarik. Ia pada dasarnya dibina daripada DNA yang sama dengan versi Ultra namun dipersembahkan dalam sebuah peranti mercu yang mudah dikendali dan berkuasa.


Vivo X300 FE hadir dengan tubuh kaca di bahagian hadapan dan belakang serta bingkai aluminium. Peranti ini juga mempunyai pensijilan IP68/IP69 untuk ketahanan terhadap debu dan air serta mampu bertahan sehingga kedalaman 1.5-meter selama 30 minit

Ia juga membawakan paparan LTPO AMOLED bersaiz 6.31-inci dengan resolusi 1216 x 2640 piksel, kadar segar semula 120Hz, sokongan HDR10+ serta tahap kecerahan maksimum 5000 nits. Skrin ini juga menyokong sehingga 1 bilion warna dengan nisbah skrin-ke-badan sekitar 90%.


Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama pilihan memori 12GB LPDDR5X RAM serta storan dalaman 256GB atau 512GB UFS 4.1 tanpa sokongan memori tambahan. Peranti ini menjalankan Android 16 dengan OriginOS 6 yang menjanjikan sehingga 5 tahun kemas kini sistem operasi dan 7 tahun kemas kini keselamatan.


Kemudian sistem kamera terdiri dengan sistem tiga kamera belakang termasuk 50MP sudut lebar (f/1.6, 23mm, 1/1.56″, OIS), 50MP telefoto periskop (f/2.7, 70–73mm, 3x zum optikal) dan 8MP ultralebar (f/2.2, 115°). Kamera hadapan pula ialah sensor lebar 50MP.

Kesemua kamera ini dikuasakan oleh teknologi ZEISS dengan enjin AI True Clarity yang juga menyokong rakaman video sehingga 8K30fps lengkap dengan gyro-EIS dan OIS untuk penstabilan. Pilihan aksesori Telephoto Extender Gen 2 turut tersedia untuk memberikan panjang fokus pada 200mm bagi keupayaan zum lebih jauh.

Bateri berkapasiti 6,500mAh menggunakan teknologi Silicon Carbon yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan nirwayar 40W termasuk fungsi pengecasan berbalik berwayar serta nirwayar. Ia turut dilengkapi port USB Type-C, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin dan pemancar infra merah.


Di Malaysia, Vivo X300 FE dijual bermula RM3,299 (12/256GB) dan RM3,899 (12/512GB). Vivo turut menawarkan jualan X300 FE bersama dengan set Photographer Kit secara pukal dengan harga bermula RM4,298 (12/256GB) dan RM4,898(12/512GB).


Bagi pembeli yang membuat pratempahan sehingga 22 Mei 2026 layak menerima rebat tunai sebanyak RM300 sekali gus menjadikan peranti berharga lebih rendah iaitu RM3998 ( 12/256GB) dan RM4598 (12/512GB) bersama pakej X300 FE Photographer Kit.