X Memperkenalkan Ciri History Untuk Menyatukan Bookmark Dan Pelbagai Kandungan Yang Ditatal
Nazrin
Jika anda masih lagi menggunakan platform media sosial X/Twitter, platform media sosial tersebut telah memperkenalkan ciri baru yang dinamakan History untuk menyatukan kandungan-kandungan yang disimpan dibawah ciri Bookmark, Likes dan menyimpan sejarah kandungan video dan artikel panjang yang ditonton dan dibaca oleh pengguna.
Menurut Nikita Bier, Ketua Produk di X, ciri History ini diperkenalkan untuk platform iOS bermula hari ini, sebelum ia diperkenalkan pada aplikasi Android tidak lama lagi. Sama seperti ciri Bookmarks dan Like sebelum ini, tab History ini hanya akan boleh dilihat oleh pengguna sahaja, dan ia satu cara untuk cuba mencari kembali kandungan yang hilang kerana suapan garis masa telah disegar-semula secara automatik.

Ciri History ini akan memperlihatkan Bookmarks, Videos Articles dan Likes untuk memudahkan anda mencari kandungan-kandungan yang berbeza yang telah dilihat dengan lebih mudah. Ia juga dilihat sebagai satu cara untuk menengahkan fungsi artikel panjang di X.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, ciri History ini diperkenalkan telebih dahulu di platform iOS, dan akan tiba ke Android dan lain-lain kelak.