Sejumlah Pengguna Unifi Di Kedah Dan Perlis Mengalami Gangguan Sambungan Internet Disebabkan Kabel Terpotong
May 14, 2026
Aman
Telekom Malaysia melalui laman Unifi Alerts kini memaklumkan yang mana sebahagian pengguna di Kedah dan Perlis akan mengalami gangguan sambugan internet, dimana prestasi dan kelajuan mungkin sedikit berkurangan berbanding kebiasaan.
TM mengatakan ini adalah disebabkan oleh kabel terpotong, yang membawa kepada masalah dan gangguan sambungan internet di Kedah dan Perlis. Mengikut sasaran, TM menyasarkan masalah ini dapat diselesaikan menjelang 3 Pagi esok.
Selain itu, sambungan di Bintangor Sarawak juga turut menghadapi masalah sama, dan disebabkan punca sama, iaitu kabel terpotong. Sambungan di Bintangor, Sarawak dijangka pulih seawal 6 pagi esok.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.