Aplikasi Kancil Memfokuskan Komuniti Buku, Memudahkan Catatan Jurnal Bacaan
Aman
Bagi anda yang aktif membaca buku dan novel, kini sebuah aplikasi tempatan hadir memfokuskan kepada anda, iaitu Kancil. Melalui Kancil, pengguna dengan mudah boleh berinteraksi bersama komuniti buku yang lain, dan pada masa yang sama memudahkan catatan jurnal bacaan buku.

Menggunakan Kancil, anda boleh melihat apakah buku yang sedang dibaca dan dikongsikan yang lain, sekaligus membolehkan anda menambah ia pada senarai akan dibaca oleh anda. Disamping itu, pengguna turut boleh mencatatkan rekod bacaan untuk buku dan novel tempatan mahupun antarabangsa.

Pada masa yang sama, Kancil turut membolehkan pengguna menghasilkan “Group” tersendiri, termasuk untuk penulis, untuk sesuatu buku, atau untuk sesuatu kumpulan membaca.
Disamping itu, pembangunnya juga menyasarkan untuk menambah sejumlah ciri lain ke aplikasi berkenaan, termasuk kemudahan membeli buku terus melaluinya pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Kancil terus di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.