Akaun Percuma X Kini Hanya Boleh Menghantar 50 Ciapan Sahaja Sehari
Effi Saharudin
X mengubah had jumlah ciapan, retweet, dan membalas ciapan yang boleh dilakukan pengguna percuma hujung minggu lalu secara mengejut. Menerusi kemas kini Twitter Help terkini hanya 50 ciapan, 200 balasan ciapan dan 500 DM boleh dihantar setiap hari untuk akaun percuma. Had 50 ciapan yang dikenakan termasuk aktiviti RT dan QRT.

Ini adalah penurunan mendadak daripada had 2400 ciapan yang diperkenalkan pada tahun 2023. Pada waktu tersebut had diperkenalkan bagi melawan bot yang menggunakan X bagi tujuan melakukan aktiviti spam serta penipuan atas talian. Tidak diketahui mengapa had baharu yang sangat kecil ini diperkenalkan kerana X masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi mengenainya.
Akaun percuma juga dihadkan mengikuti 400 akaun sahaja sehari. Apabila ia mencapai 5000 akaun yang diikuti, sebuah lagi had diperkenalkan bergantung kepada nisbah mengikut dan pengikut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.