Pusat Data Bawah Laut Menggunakan Kuasa Kincir Angin Beroperasi Sepenuhnya Di Shanghai
Effi Saharudin
Pada Oktober lalu laporkan pembinaan fasa pertama pusat data bawah laut (UDC) di Shanghai telah berjaya dilengkapkan. Minggu ini media China melaporkan UDC yang merupakan projek rintis kini sudah mula beroperasi sepenuhnya.

Ia menelan belanja RMB 1.6 bilion (~RM 935 juta) dan menggunakan kuasa elektrik dijana 50 kincir udara 24MW dengan sistem penyejukan hanya memerlukan air laut. Pada pusat data konvensional, sistem penyejukan menyumbang kepada 50% kos operasi. Pada UDC, ia dikurangkan ke sekitar 10% sahaja.

UDC terletak 10 meter di bawah permukaan laut menempatkan 192 rak pelayar dalam bangunan empat tingkat. Sistem penyejukan konvensional tidak diperlukan kerana pusat data dikelilingi air pada suhu purata 15 darjah Celsius sepanjang masa.
Pembinaan UDC ialah usaha menjadikan Shanghai sebagai sebuah bandaraya pintar dengan pelbagai sistem kecerdasan pintar. Fasa pertama ini adalah langkah pertama untuk membina UDC dengan kuasa memproses 200 exaFLOPS. Ia turut menyambut seruan kerajaan China yang ingin mengurangkan penggunaan kuasa elektrik dan bekalan air di pusat data dalam masa terdekat.