Uber Kini Miliki Pegangan Sebanyak 19.5% Pada Delivery Hero – Syarikat Induk Sebalik FoodPanda
Aman
Uber kini meningkatkan pegangan saham mereka pada syarikat Delivery Hero, dimana kini mereka mempunyai pegangan sebanyak 19.5% pada syarikat Delivery Hero. Sebelum ini, Uber mempunyai pegangan sebanyak 7% pada syarikat berkenaan.

Delivery Hero merupakan syarikat berpusat di Jerman, dimana mereka mempunyai beberapa jenama memfokuskan penghantaran makanan di serata dunia, termasuk di Malaysia melalui jenama FoodPanda.
Uber dilihat agak aktif melabur pada syarikat luar Amerika, dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena seru-pandu dan penghantaran. Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya sama ada Uber akan mengambil-alih sepenuhnya Delivery Hero atau tidak dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.