Sarawak Rancang Untuk Menubuhkan Agensi Angkasa Tersendiri
Aman
Premier Sarawak kini berkongsi mengatakan Sarawak merancang untuk mempunyai agensi angkasa tersendiri, sekaligus membolehkan negeri berkenaan melakukan pelaburan dan pembangunan dalam sektor aeroangkasa di negeri tersebut.
Agensi Angkasa Sarawak ini kelak dijangka akan menjadi salah satu agensi yang memfokuskan kepada penyelarasan utama dalam hal-hal berkaitan aeroangkasa, termasuk merancang, menjalin dan membangunkan keupayaan tempatan.
Pada masa yang sama, Sarawak turut merancang untuk pelancaran nanosatelit menjelang 2030, sekaligus membolehkan data masa-nyata melibatkan pemerhatian bumi dikumpulkan dan digunakan dalam perancangan alam sekitar dan pengurusan sumber. Sebelum ini juga, baru-baru ini Sarawak turut telah melancarkan satelit LEO mereka tersendiri dengan fokus terhadap data iklim dan beberapa perkara lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.