Laluan Kelana Jaya Akan Menerima 26 Set Tren Baharu Menjelang 2031
Effi Saharudin
Bekerja dari rumah digalakkan olek kerajaan ke atas penjawat awam sejak bermulanya krisis bahan api disebabkan perang Asia Barat. Tetapi pekerja sektor masih perlu pergi ke pejabat kerana apabila sekadar digalakkan, majikan akan memilih untuk tidak melakukan perubahan. Bagi tenaga kerja di Lembah Klang, permintaan untuk kerja dari rumah meningkat kerana masalah LRT Laluan Kelana Jaya yang berlaku hampir setiap hari.

Rapid Rail yang mengendalikan laluan Kelana Kaya mengumumkan semalam mereka akan menambah 26 set tren baharu bagi menggantikan tren usang yang menjadi sebab gangguan semakin kerap berlaku. Selain itu tren baharu ini akan meningkatkan kapasiti, menambah kecekapan operasi.
Tren baharu pertama dijangka tiba pada 2029 dan proses penggantian siap keseluruhannya menjelang akhir 2030. Tren-tren baharu akan mula beroperasi pada 203. Antara isu yang dihadapi oleh Rapid ialah kapasiti laluan Kelana Jaya kini sudah mencapai 109% pada April didorongi kenaikan harga bahan api sehingga menimbulkan kesesakan tinggi.
Sementara menanti ketibaan tren baharu, Rapid menggunakan kaedah penyelenggaraan berasaskan keadaan (CBM). Pemeriksaan akan dilakukan lebih kerap dengan komponen yang menunjukkan tanda awal kerosakan diganti segera tanpa menunggu jadual manual.
[sumber] Malay Mail [/sumber]