ChatGPT Kini Boleh Menghasilkan Dan Menyunting Dokumen Pembentangan Pada PowerPoint
Aman
OpenAI kini turut menawarkan ChatGPT untuk PowerPoint, sekaligus memudahkan pelbagai proses dalam penyuntingan dan juga penghaslan dokumen berbentuk pembentangan, menggunakan Microsoft PowerPoint.

Dengan langkah ini, ia sekaligus mempercepatkan lagi proses penghasilan sesuatu dokumen pembentangan, dan pengguna boleh meluangkan masa produktif mereka memfokuskan kerja dan tugasan lain. ChatGPT juga turut boleh sama menjana imej untuk disertakan dalam dokumen pembentangan berkenaan.
ChatGPT untuk PowerPoint ini ditawarkan dalam bentuk beta, dan boleh diakses semua pengguna, termasuk pengguna versi percuma. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi ChatGPT untuk PowerPoint hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.