TP-Link Memetakan Pengeluaran Penghala WiFi-8 Mereka
Nazrin
Piawaian sambungan internet nirwayar WiFi 8 telah disahkan pada Julai tahun lepas, dan beberapa bulan kemudian, ujian piawaian telah dilakukan oleh TP-Link untuk mengesahkan keberkesanannya sebagai penaiktarafan dari rangkaian WiFi 7.
Terkini, TP-Link mengesahkan bahawa alat penghala WiFi 8 pertama mereka, yang dinamakan TP-Link Archer 8 akan dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini, penghala WiFi 8 mesh TP-Link Deco 8 akan tiba pada awal tahun 2027 manakala penghala mudah-alih TP-Link Roam 8 akan diperkenalkan pada suku kedua 2027.

Bersama-sama pengumuman ini adalah beberapa imej acah untuk memperlihatkan sedikit apakah rupa penghala Archer 8 yang akan dilancarkan kelak. Dari segi prestasi, penghala WiFi 8 nampaknya memperlihatkan kelajuan yang sama seperti WiFi 8, tetapi perbezaan utama dapat diperlihatkan melalui sokongan jumlah peranti yang boleh memanfaatkan kelajuan rangkaian yang terpantas.

Untuk TP-Link, ini diharap bermaksud bahawa pengguna akan mengalami isu masa pendam yang sering berlaku apabila menggunakan penghala mesh yang secara lazimnya memerlukan pemindahan data dari satu penghala ke penghala yang lain, menyebabkan isu masa pendam ini.
TP-Link kini nampaknya sedang bersiap-sedia untuk mendapatkan pengesahan kebenaran penjualan produk-produk ini di sejumlah negara, termasuklah Amerika Syarikat, dimana mereka memegang monopoli untuk jualan produk penghala pengguna di negara tersebut.
[sumber]TP-Link[/sumber]