Cip Kelas Pertengahan MediaTek Dimensity 8550 Dilancarkan
Effi Saharudin
Cip kelas pertengahan MediaTek Dimensity 8550 diumumkan dengan ia adalah penambahbaikan kepada Dimensity 85000 dengan penekanan kepada kemampuan menjalankan model AI pada peranti dengan lebih baik.

Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm TSMC N4P dengan lapan teras CPU. Konfigurasi CPU ialah 1× Cortex‑A725 3.4GHz, 3× Cortex‑A725 3.2GHz dan 4× Cortex‑A725 2.2GHz yang dipadankan pula dengan GPU Mali‑G720 MC8. NPU880 mempunyai ciri LLM Booster membolehkan ia menyokong model Google Gemini Nano V3.
Peranti dengan cip ini menyokong memori LPDDR5X 9600Mbps dan storan UFS 4.0 Selain itu ia dilengkapi modem 5G, Wi‑Fi 6E, dan Bluetooth 5.4. Kamera yang disokong pula adalah sehingga 320MP atau tri-kamera 32MP. Telefon pintar pertama dengan Dimensity 8550 ialah Honor 600 Pro untuk pasaran China.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.