LG Nafikan Mereka Akan Menjual Perniagaan TV
LG Electronic menafikan dakwaan mereka akan keluar daripada perniagaan TV dan menjualnya kepada Hisense. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan lewat semalam, LG berkata “LG Electronics ingin menyatakan bahawa berita mengenai potensi penjualan perniagaan TVnya adalah tidak berasas sama sekali dan oleh itu adalah spekulatif dan mengelirukan”. Laporan asal daripada laman EBN semalam telahpun dipadam.

LG didakwa sedang berbincang untuk menjual keseluruhan perniagaan TV kepada Hisense dengan pertemuan antara wakil kedua-dua syarikat sedang dilakukan Beijing. Punca utama perniagaan TV hampir 60 tahun LG dijual adalah kerana keuntungan semakin berkurangan dipacu oleh tekanan kompetitif daripada jenama TV China seperti TCL dan Hisense.
Sekiranya laporan asal adalah tepat, ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana Sony sendiri menjual perniagaan TV mereka kepada TCL tahun ini dengan pembentukan anak syarikat baharu Bravia Inc. Samsung pula baru sahaja menarik diri daripada pasaran TV China kerana persaingan harga yang terlalu sengit.