U Mobile ULTRA5G – Peneraju Rangkaian 5G Dalam Bangunan Terbaik Di Malaysia
Nazrin
Di Malaysia, perkhidmatan rangkaian 5G telah diperkenalkan sejak tahun 2025 dan memperlihatkan kelajuan rangkaian internet mudah-alih yang sangat pantas sekali, menandingi penawaran rangkaian internet jalur lebar “dimana-mana sahaja”.
Tetapi penggunaan terma “dimana-mana sahaja” ini dilihat mendatangkan beberapa kekeliruan, kerana sehingga pertengahan tahun lepas, rangkaian 5G tempatan pada waktu tersebut secara lazimnya hanya boleh dinikmati apabila anda berada di luar bangunan.

Kelebihan rangkaian 5G sepatutnya dinilai bukan sahaja dari aspek kelajuan rangkaian, tetapi kestabilan rangkaian tersebut apabila anda berada di pelbagai jenis lokasi di luar ataupun didalam bangunan, dan di kawasan-kawasan yang sesak dengan pengguna-pengguna lain.

Pada bulan Ogos 2025, U Mobile sebagai pengelola rangkaian 5G kedua Malaysia telah memperkenalkan rangkaian ULTRA5G, iaitu sistem rangkaian dalam bangunan yang membolehkan orang ramai untuk mendapatkan dan menggunakan kelajuan rangkaian mudah-alih yang terbaik tidak kira mereka berada di luar ataupun didalam bangunan.

Dengan rangkaian ULTRA5G, pengguna bukan sahaja akan mendapatkan kelajuan rangkaian terpantas, tetapi juga boleh mendapatkan penggunaan rangkaian yang stabil tidak kira dimana mereka berada, sama ada di dalam atau luar bangunan, dalam tempat meletakkan kereta di aras bawah tanah, dalam lif ataupun di restoran ataupun kafe yang penuh dengan orang.
OpenSignal baru-baru ini telah mengeluarkan laporan berkenaan kebolehan U Mobile sebagai pengelola rangkaian 5G kedua Malaysia. Dalam laporan tersebut, OpenSignal mengatakan sejak beralih kepada infrastruktur rangkaian 5G mereka sendiri, prestasi rangkaian 5G pelanggan U Mobile telah dipertingkatkan dengan ketara.

Pelanggan U Mobile telah memperlihatkan kelajuan muat turun 5G sekitar dua pertiga lebih tinggi berbanding pesaing, manakala kelajuan muat naik adalah lebih pantas dan kualiti perkhidmatan juga lebih konsisten. Sepanjang 12 bulan yang lalu, para pelanggan rangkaian 5G U Mobile telah menyaksikan peningkatan dalam kelajuan muat turun 5G sebanyak 51% dan kelajuan muat naik sebanyak 27%.
Selain daripada itu, U Mobile juga merakamkan ketekalan rangkaian yang sangat baik. Apabila pelbagai perkhidmatan internet digunakan, seperti penstriman video, penggunaan aplikasi pemetaan dan GPS dan juga panggilan suara dan video, rangkaian U Mobile memperlihatkan kualiti rangkaian yang baik sekali, tanpa isu masa pendam ataupun penstriman yang tersekat-sekat apabila digunakan di luar dan juga di dalam bangunan.

Ini adalah berterima kasih kepada strategi rangkaian ULTRA5G, yang mana pelanggan U Mobile lebih berkemungkinan mendapatkan isyarat 5G bertahap Cemerlang di dalam bangunan (≥85 dBm) berbanding pengguna di rangkaian Malaysia yang lain. Pada masa yang sama, hanya 8% bacaan di dalam rumah tergolong dalam kategori “Lemah”, “Sangat Lemah” atau “Zon Mati” — kira-kira satu pertiga daripada kadar yang dilihat di rangkaian lain (24%).

U Mobile menggunakan spektrum 700MHz dan 3.5GHz merentasi keseluruhan tapak infrastruktur rangkaian mereka, sama seperti apa yang digunakan oleh DNB. Prestasi rangkaian dalam-bangunan mereka berpunca daripada strategi infrastruktur khusus dan bukan spektrum semata-mata.
U Mobile mengambil pendekatan agresif dalam melancarkan penyelesaian Liputan Dalam Bangunan (IBC) 5G generasi akan datang untuk mengatasi halangan fizikal yang biasanya merosakkan isyarat dalaman. Dengan integrasi infrastruktur 5G ke lokasi trafik tinggi, U Mobile boleh mengekalkan prestasi yang konsisten di kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Strategi ini membantu U Mobile mengekakan kelajuan dan kualiti rangkaian yang tinggi didalam bangunan-bangunan yang mempunyai infrastruktur ini.

Sebagai contoh, di pusat membeli-belah besar seperti Pavilion Kuala Lumpur dan Sunway Pyramid, U Mobile mencapai skor Kualiti Konsisten 5G melebihi 90% — jauh melangkaui purata di bawah 80% yang dilihat dalam kalangan pengendali Malaysia lain di pusat membeli-belah ini.
Tahap kualiti perkhidmatan yang konsisten ini amat penting dalam persekitaran tertutup yang sesak, di mana ramai pengunjung berhubung untuk menghantar mesej kepada rakan, penggunaan media sosial, pembandingkan harga secara atas talian atau melayari pusat membeli-belah secara serentak.

Di lokasi-lokasi seperti KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pula, U Mobile juga memperlihatkan kelajuan dan prestasi rangkaian yang hebat dan juga menawarkan kad SIM 100GB yang menawarkan rangkaian 5G pantas untuk 24 jam. Penawaran ini membenarkan pengguna untuk mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian WiFi awam yang dikhuatiri mungkin hadir dengan perisian hasad.
Tumpuan strategik U Mobile terhadap liputan dalam bangunan dilihat membuahkan hasil yang ketara. Dengan menangani salah satu kelemahan rangkaian 5G yang paling berterusan, pelan ULTRA5G meningkatkan prestasi rangkaian 5G di luar dan dalam bangunan. U Mobile juga menyasarkan liputan penduduk 80% di Malaysia menjelang separuh kedua tahun 2026.
Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh U Mobile.