Microsoft Lancarkan Project Solara Sebagai Platform Untuk Peranti Ejen AI
Effi Saharudin
Humane AI Pin dan Rabbit R1 adalah dua usaha paling awal menawarkan peranti kecerdasan buatan (AI) yang dikawal sepenuhnya menggunakan suara. Kedua-duanya gagal mencapai sasaran kerana perisian tidak berfungsi dengan baik dan kemampuan model AI yang pada waktu tersebut masih tidak cukup memuaskan.
Dengan “ejen AI” kini menjadi trend popular dalam dunia AI, beberapa sistem AI telah dibangunkan untuk menjadi khadam kepada manusia. Di Microsoft Build, Project Solara telah diumumkan dengan ia ialah platform untuk peranti yang menggunakan ejen AI untuk berfungsi berasaskan Android.

Dua peranti konsep yang diperlihatkan ialah sebuah skrin pintar di atas meja dan sebuah lagi ialah kalung leher pintar. Kalung pintar yang dipakai mempunyai kamera dan sistem NFC. Solar bersifat multimodal dengan ia memberikan akses mudah untuk dilihat, menerima kawalan suara, melihat kawasan sekeliling dan mendapatkan ejen yang tepat pada masa yang diperlukan Microsoft melihat penggunaan Solara dalam sektor penjagaan kesihatan, peruncitan, industri kewangan dan banyak lagi.
Dalam demo yang diperlihatkan, skrin pintar boleh memproses maklumat mengenai perniagaan sebelum menghasilkan slaid Powerpoint. Di gudang pula maklumat mengenai bungkusan boleh dicari dengan mengimbas kod palang dengan kalung pintar. Maklumat mengenai pesakit di hospital juga boleh diakses menerusi kalung pintar.

Menurut artikel Geekwire, Solara berbeza daripada telefon kerana ia tidak memerlukan sebarang aplikasi untuk berfungsi. Ejen melakukan semua tugas yang diperlukan sendiri di latar. Ia tidak ditawarkan sebagai telefon kerana di hospital misalnya menggunakan telefon peribadi untuk membaca maklumat. pesakit boleh menimbulkan isu privasi. Maka kalung pintar digunakan sebagai ganti.
Ini sama dengan ciri ejen dalam Google Gemini yang kelak boleh menggunakan Capcut, Canva dan perisian Adobe menerusi terus dari dalam aplikasi. Ejen melakukan suntingan gambar dalam Lightroom tanpa campur tangan manusia berdasarkan apa yang dimahukan.
Dapat juga dilihat Solara menggunakan cip Qualcomm dan MediaTek. Selain skrin pintar dan kalung pintar terdapat juga petunjuk Solara boleh digunakan pada cermin mata, jam, mesin pengimbas, fon kepala, fon telinga dan banyak lagi. Microsoft menegaskan Project Solara ialah sekadar platform dengan perkakasan akan dikeluarkan oleh OEM tanpa mereka sendiri memasarkannya.