Google Try On Kini Di Malaysia – Baju Boleh “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian
Effi Saharudin
Di Google I/O Mei tahun lalu, Google Try On diperlihatkan kepada umum. Ciri ini membolehkan pakaian yang ingin dibeli secara atas talian “dipakai” pada tubuh pembeli terlebih dahulu menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI). Selepas lebih setahun diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Try On akan dilancarkan di Malaysia secara berperingkat dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik. Ini boleh diakses menerusi carian Google Images ataupun tab Shopping di Search.
Pengguna perlu memuat naik gambar tubuh sepenuhnya terlebih dahulu dan AI akan kemudian memakaikan baju yang ingin dicuba pada gambar. Proses akan mengambil masa beberapa saat seperti menyunting gambar dalam Google Photos.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.