ASUS ProArt P16 dan ProArt P14 Dengan RTX Spark Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Q3 2026
Effi Saharudin
Pengumuman terbesar di Computex minggu ini ialah cip NVIDIA RTX Spark yang dibangunkan khusus untuk pembangunan AI di rumah. Pihak ASUS Malaysia telah mengesahkan dua komputer riba ASUS ProArt P16 dan ASUS ProArt P14 yang dilengkapi cip berkuasa ini akan dijual di Malaysia bermula Q3 2026.

Pada waktu yang sama ASUS ProArt Mini PC juga dengan RTX Spark akan dipasarkan di Malaysia tetapi tarikh jualan belum lagi ditetapkan. Dengan NVIDIA RTX Spark, komputer riba dan mini PC ini hadir dengan CPU 20 teras NVIDIA Grace, GPU NVIDIA Blackwell RTX 128GB dengan 6,144 teras CUDA yang memberikan kemampuan pemprosesan AI sehingga 1 petaflop dan kemampuan grafik pula setanding RTX 5070.
ASUS ProArt P16 dan ASUS ProArt P14 dengan skrin 16″ serta 14″ tetapi masih mengekalkan tubuh nipis. Ia turut ditawarkan dalam warna Nano Black dan Neo White dipadankan dengan skrin ASUS Lumina Pro OLED. Harga jualan masih lagi belum ditetapkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.