Oppo dan Vivo Dilaporkan Sedang Membangunkan Pesaing DJI Osmo Pocket Dengan Sensor 200MP
Effi Saharudin
Sebelum ini Vivo dilaporkan akan menawarkan kamera gimbal seakan DJI Osmo Pocket. Ini adalah pasaran kamera kompak ini dilihat amat menguntungkan dengan populariti meningkat dalam kalangan pempengaruh. Terkini Digital Chat Station mengatakan selain Vivo, Oppo juga akan menerjah masuk ke pasaran kamera gimbal kompak.

Menurut beliau, Oppo dan Vivo akan menawarkan kamera gimbal kompak dengan sensor 200MP Sony Lytia 901 yang kini digunakan pada telefon pintar keluaran mereka. Oppo akan turut menawarkan kamera ini dengan penjenamaan Hasselblad sementara Vivo pula dengan penjenamaan Zeiss. Kedua-dua kamera direka untuk digunakan bersama peranti mercu Oppo dan Video bagi memudahkan perkongsian ke media sosial.
Pada waktu ini DJI dan Insta360 menawarkan kamera gimbal kompak kepada pengguna dengan mereka memulakan inovasi dwi-kamera pula tahun ini. Kamera dari jenis ini popular kerana ianya kecil, senang dipegang dan ringan berbanding kamera digital biasa tetapi masih menawarkan kualiti video yang memuaskan.
Sumber – GSMArena