Suntikan Imunoterapi Berjaya Mengecilkan Tumor Pesakit Kanser Leher dan Kepala Metastatik
Effi Saharudin
Suntikan imunoterapi amivantamab mengecutkan tumor pada 42% pesakit dengan kanser kepala dan leher berulang/metastatik yang tidak lagi menerima kesan apabila menjalani rawatan sedia ada. Dalam ujian klinikal OrigAMI‑4 oleh penyelidik daripada The Institute of Cancer Research, London, melibatkan 102 pesakit kanser leher dan kepala, tumor didapati mengecil atau hilang sepenuhnya pada 43 pesakit.
Ini terdiri daripada 15 pesakit dengan tumor yang hilang sepenuhnya dan baiki 28 pesakit menunjukkan pengecutan ketara saiz tumor. Pesakit hidup secara median 12.5 bulan selepas memulakan rawatan, walaupun prognosis kumpulan ini biasanya sangat rendah.

Amivantamab yang dibangunkan oleh Johnson & Johnson bertindak dengan tiga cara. Pertama sekali ia menghalang EFGR iaitu protein yang membantu pembesar tumor. Kedua ia menghalang MET yang merupakan cara sel kanser mengelak rawatan yang diberikan. Akhir sekali ia membantu mengaktifkan sistem imun tubuh untuk menyerang tumor. Amivantamab kini turut sedang menjalani 60 ujian klinikal untuk rawatan kanser paru-paru, otak, kolorektal dan gastrik.
Satu lagi kelebihan rawatan amivantamab ialah ia hanya memerlukan suntikan kecil pad kawasan kulit dan bukannya menerusi titisan intravena seperti kemoterapi. Oleh itu rawatan dilakukan lebih pantas, mudah, dan sekadar rawatan pesakit luar. Sekiranya keputusan ini disahkan dalam kajian lebih besar seperti OrigAMI‑5, rawatan ini berpotensi membantu ribuan pesakit setiap tahun di seluruh dunia
Sumber – Institute of Cancer Research