Leica Camera AG Dilaporkan Ingin Dibeli Firma China
Effi Saharudin
Adakah sebuah lagi firma Jerman akan berpindah tangan ke firma negara China. Menurut laporan Bloomberg, HongShan Capital Group (HSG) sebuah firma ekuiti persendirian kini dalam perbincangan luntuk membeli 45% pegangan saham Blackstone dalam Leica Camera AG.

Sumber turut melaporkan HSG turut mempertimbangkan untuk membeli baki 55% saham yang dipegang oleh keluarga Kaufmann untuk menjadi pemegang tunggal Leica Camera AG. Perbincangan semasa meletakkan nilai Leica sekitar €1 bilion. Jika HSG berjaya mengambil alih keseluruhan syarikat, mereka mungkin mempertimbangkan menawarkan IPO untuk Leica di masa hadapan.
Andreas Kaufmann membeli 95% pegangan Leica pada nilai $85 juta pada tahun 2004 sebelum menjual pegangan 45% kepada Blackstone pada 2011 dengan nilai $179 juta. Pada waktu tersebut syarikat kamera ternama ini bernilai sekitar $407 juta.
Sekiranya Leica Camera AG diambil alih oleh HSG ia menjadi syarikat kamera terkemuka kedua selepas Hasselblad yang dijual kepada firma China. DJI dipercayai pemegang saham terbesar Hasselblad (yang berpangkalan di Sweden) sejak 2017 dengan teknologinya digunakan dalam pelbagai kelengkapan dron dan kamera.