Razer Rogue Backpack V4 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM489
Nazrin
Razer, jenama yang terkenal untuk perkakasan dan aksesori elektronik mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk beg galas Razer Rogue Backpack V4 mereka ke pasaran Malaysia. Beg galas ini boleh digunakan untuk membawa komputer-komputer riba anda tidak kira saiz, dimana ia hadir dengan saiz yang boleh memuatkan komputer riba dengan paparan sebesar 16 dan 18 inci.
Rangka luaran beg galas ini diperbuat daripada bahan yang bukan sahaja kalis air, tetapi kalis koyak juga, yang mana binaan keseluruhan beg ini juga memperlihatkan kebolehan untuk merumahkan komputer riba bersaiz 16 ke 18 inci yang berkuasa, seperti komputer riba pengganti desktop generasi baru.

Tidak kira saiz beg galas yang dipiilh, Razer Rogue hadir dengan ruangan yang mencukupi untuk menyimpan pelbagai aksesori dan juga pengecas komputer riba. Sistem abah-abah direka semula untuk mengagihkan berat secara sekata pada bahu dan bahagian bawah belakang pengguna, membolehkan beg ini terasa lebih ringan walaupun ia sebenarnya agak berat.

Razer mengatakan bahawa beg galas Razer Rogue V4 ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan melalui pengedar rasmi produk Razer pada tanda harga berikut:
- Razer Rogue V4 (16 inci) – RM489
- Razer Rogue V4 (18 inci) – RM619