Google Search Profiles Mudahkan Akses Maklumat Terkini
Amy Maizuraa
Google memperkenalkan Search Profiles iaitu cara baharu untuk pencipta kandungan memaparkan profil mereka di ruang Search.

Search Profiles ialah ruang khusus yang boleh dikongsi untuk memaparkan artikel, video dan kemaskini media sosial terkini.
Melaluinya, pengguna dapat melihat maklumat seperti akaun media sosial, pautan dan kandungan yang dihasilkan oleh pencipta dalam satu halaman khusus. Pengguna juga boleh mengikuti sumber terus daripada profil melalui butang Follow, sekali gus menjadikan kandungan lebih mudah muncul di Google Discover.
Google menjelaskan bahawa ciri ini membantu orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih terkini mengenai sumber yang mereka ikuti, sementara itu proses menuntut profil berpotensi mewujudkan Knowledge Panel bagi pencipta yang layak.

Buat masa ini, Search Profiles dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Kemudian, ia akan diperluaskan ke lebih banyak negara serta ditambah dengan fungsi baharu.