ChatGPT Akan Dikemaskini Menjadi Sebuah Aplikasi Super
Effi Saharudin
OpenAI sedang dalam proses merombak antaramuka ChatGPT bagi menjadikannya sebuah aplikasi super dalam masa beberapa minggu sahaja lagi menurut laporan Financial Times. Dengan antaramuka baharu ini, prom tidak lagi akan menjadi tumpuan utama aplikasi.

Sebaliknya ChatGPT akan bijak mengetahui apakah yang diperlukan pengguna tanpa perlu menaip prom. Dari dalam aplikasi, pengguna boleh mengakses perkhidmatan lain OpenAI seperti Codex, ejen AI dan banyak lagi. Ini membolehkan OpenAI menjana lebih banyak pendapatan menerusi langganan. Walaupun aplikasi ChatGPT paling pantas mencecah 1 bilion pengguna aktif bulanan, majoriti pengguna adalah menerusi akaun percuma.
Anthropic menunjukkan lebih banyak pendapatan boleh dijana dengan memberikan tumpuan kepada pelanggan perusahaan dan telahpun menyenaraikan dokumen untuk penyenaraian awam (IPO). OpenAI juga dijangka mengumumkan IPO mereka tahun ini bagi mengikuti langkah Anthropic dan SpaceX.