macOS 27 Golden Gate Tidak Menyokong Mac Dengan Cip Intel
Effi Saharudin
macOS 27 Golden Gate diumumkan pagi tadi membawakan ciri baharu seperti Siri AI, carian lebih pantas, sistem operasi lebih responsif, Liquid Glass yang boleh diperibadikan mengikut kehendak pengguna dan banyak lagi. Dengan sistem operasi kini rasmi, Apple juga secara rasmi mengesahkan macOS Golden Gate tidak akan menyokong komputer Mac dengan cip Intel.

Hanya mac dengan Apple Silicon yang dilancarkan pada tahun 2020 dan ke atas akan disokong selepas ini. Semua MacBook, Mac Pro, Mac mini dan iMac dengan cip Intel hanya akan menerima tampalan sekuriti legasi seperti yang dilakukan oleh Apple pada iPhone klasik seperti iPhone 6s baru-baru ini.
Pengesahan ini tidak mengejutkan kerana tahun lalu menerusi macOS 26 Tahoe mereka sudah mengatakan ia adalah versi terakhir diterima mac dengan cip Intel. Walaupun era komputer Apple Intel kini berkubur, kerjasama syarikat kini kembali bertaut. Apple dilaporkan bersetuju menggunakan kilang fabrikasi Intel tahun ini bagi memenuhi keperluan pengeluaran cip legasi.