WhatsApp Hentikan Sokongan Untuk Peranti iOS 15.5 Mulai 30 November
Amy Maizuraa
Sila pastikan iPhone atau iPad anda dikemas kini sekurang‑kurangnya ke iOS/iPadOS 15.5 sebelum hujung November 2026 supaya WhatsApp terus berfungsi tanpa masalah. Hal ini kerana menurut WABetaInfo, sokongan aplikasi untuk versi iOS yang lebih lama akan ditamatkan. Versi yang terjejas ialah iOS 15.0, 15.1, 15.2, 15.3 dan 15.4 yang tidak lagi disokong selepas tarikh tersebut manakala perkara sama turut berlaku untuk iPadOS 15.5.

Selain itu, WhatsApp Business turut terkesan kerana tarikh tamat sokongan yang sama dikenakan pada aplikasi tersebut. Oleh itu, pengguna digalakkan mengemas kini iOS sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan penggunaan. Pengguna tidak perlu membeli peranti baharu kerana sekiranya iPhone sudah menyokong iOS 15, ia boleh dikemas kini ke versi lebih baharu tanpa perlu menukar telefon.
Selama ini, WhatsApp cuba menyokong versi iOS lama supaya lebih ramai pengguna boleh terus menggunakan aplikasi. Namun begitu, sokongan pada peranti iOS lama memerlukan banyak usaha dan boleh melambatkan pembangunan ciri baharu. Oleh itu, langkah menamatkan sokongan versi lama dianggap perlu untuk memastikan WhatsApp kekal stabil serta mampu menawarkan fungsi terkini.