Anthopic Lancarkan Claude Fable 5 – Model AI Kelas Mythos Yang Selamat Digunakan Secara Umum
Effi Saharudin
Anthropic melancarkan model kecerdasan buatan (AI) Claude Fable 5 yang menurut mereka adalah dalam kelas yang sama dengan Claude Mythos 5 yang turut dilancarkan pagi ini. Namun begitu Fable 5 mempunyai pelbagai ciri keselamatan membolehkan ia digunakan dengan selamat secara umum.
Menurut Anthropic, Claude Fable 5 mengatasi semua model Claude terdahulu dalam hampir semua ujian penanda aras dalam tugasan kejuruteraan perisian, kerja pengetahuan, penglihatan, sains, dan tugasan kompleks jangka panjang. Sementara itu pula Claude Mythos 5 ialah versi sama tetapi dengan sekatan keselamatan dilonggarkan untuk kumpulan terpilih seperti petugas keselamatan siber melalui Project Glasswing.

Dalam ujian oleh beberapa pengguna awal, Fable 5 boleh menyiapkan kerja yang mengambil masa beberapa bulan menjadi beberapa hari. Ia juga yang paling terkini dari sudut penglihatan dengan kemampuan membina aplikasi web berdasarkan tangkapan skrin dan mengekstrak maklumat daripada graf.
Ciri keselamatan yang diletakkan Anthropic pada Fable 5 ialah ia bertukar ke model Opus 4.8 untuk topik sensitif seperti keselamatan siber, biologi, kimia, dan percubaan untuk melakukan penyulingan (distillation). Model kelas Mythos mempunyai keupaayan tinggi mencari kelemahan yang kemudian dieksploitasi. Oleh itu Fable 5 disekat sepenuhnya daripada memberi maklumat bagi tujuan melakukan serangan siber.
Claude Fable 5 boleh diakses pelanggan berbayar bermula hari ini.